Wanita ini Luah Perasaan Selepas Dapati Fotonya Dijadikan 'Meme' di Internet
Meme adalah ekspressi bergambar yang ditulis bersama kapsyen yang mana biasanya dijana untuk membuat lawak jenaka, sarkastik atau pun perkara-perkara lain.
Mungkin bagi orang ramai - yang tiada kena mengena dengan gambar di meme tersebut - perkara itu sekadar bahan hiburan.
Namun, bagi mangsa yang mana kekurangan fizikal atau aibnya dijadikan bahan meme, itu adalah satu penderaan mental.
Seorang mangsa, Lizzie Velasquez, seorang pakar motivasi meluahkan perasaan terkilannya selepas dia mendapati fotonya dijadikan meme oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Lizzie menghidapi penyakit penyakit kongenital yang jarang berlaku yang menghalang badannya dari menjadi gemuk. Dia juga didiagnos dengan sindrom Marfan.
Lizzie, 27, terjumpa memenya itu dengan kapsyen: 'Michael berkata dia mahu berjumpa saya di belakang pokok ini untuk sedikit masa yang menyeronokkan. Dia datang lambat, boleh seseorang tag nama dia dan beritahu dia saya masih menunggu".
Jelas sekali perkara ini menyakitkan hati Lizzie, dan Lizzie mengambil tindakan berkongsi gambar meme itu kepada 100,000 pengikutnya.
Dia menulis: 'Saya sudah lihat banyak meme seperti ini di Facebook baru-baru ini. Saya menulis posting ini bukan sebagai seorang mangsa tetapi sebagai seseorang yang boleh bersuara.
'Saya tulis ini sebagai satu peringatan bahawa orang-orang tidak bersalah yang digunakan sebagai meme, mungkin sedang menelusuri facebook dan merasa sedih.
'Tidak kira bagaimana rupa kita atau saiz kita, di penghujungnya, kita semua manusia. Saya meminta anda semua supaya ingat perkara ini apabila berjumpa meme viral sebegini dari orang yang tidak dikenali
'Ada di satu masa, anda mungkin rasakan ianya lucu tetapi manusia di dalam foto ini mungkin merasa sebaliknya. Sebarkan kasih sayang bukannya ejekan.', tulis Lizze.
Posting Lizzie itu dikongsi oleh lebih 81,000 kali dan mendapat pelbagai komen sokongan dari netizen.
Sumber: Metro.co.uk