top of page

5 Warna Gincu Yang Perlu Dimiliki Wanita Pada Masa Kini, Pastikan Bawa Bersama Di Dalam Beg Tangan A

Penjagaan diri pada masa kini sudah sebati buat semua orang, kebanyakan dari kita sedaya upaya ingin menampilkan diri dengan kelihatan cantik, kemas dan bergaya di hadapan semua orang. Ia adalah salah satu cara untuk tampak lebih yakin, dan membantu diri lebih positif pada pandangan pertama, 'first impression'. Bukan berniat untuk menutup diri yang sebenar, tetapi ia lebih kepada menjaga nilai-nilai kebersihan pada diri, serta untuk tampak lebih yakin. Ini termasuklah dalam pemilihan produk atau cara mengaplikasi produk pada tubuh juga pada wajah. Bagi menampakkan wajah lebih jelita, khususnya buat wanita, pemilihan tona warna yang betul akan membantu wajah anda tampak lebih ayu dan mempersona, bukan sahaja pemilihan alis mata, tetap juga dalam pemilihan warna gincu yang betul. Untuk membantu anda memilih warna gincu yang sesuai buat anda, perunding imej, iaitu saudari Zalea Yusoffkongsikan 5 warna gincu yang setiap wanita harus miliki, jom kita lihat perkongsiannya.

5 Warna Gincu Setiap Wanita Perlu Miliki Khusus buat kita orang perempuan, saya berikan 5 warna gincu bibir yang kita perlu miliki dalam koleksi. Ini antara warna gincu yang evergreen. Ia adalah jenis warna yang universal sesuai dengan hampir keseluruhan tona kulit kita. Tidak senang duduk tanpa ada warna-warna ini rasanya. Cewah!

1. MERAH KLASIK

Cikpuan yang jelita tidak akan salah dengan warna lipstik merah klasik. Ia perlu sentiasa berada disisi walau ke mana jua pergi. Warna merah klasik adalah berlawanan dengan setiap warna pakaian yang kita pakai. Ia juga dikenali sebagai Marilyn Monroe Lippy yang pada asalnya merupakan tanda niaga pada pakaian putih yang cantik. Lipstik merah klasik ini mampu membuatkan wanita berasa nakal dan seksi. Ia memberikan paras rupa yang bold dengan lipstik merah klasik ini. Walau bagaimanapun terdapat beberapa adab yang perlu dijaga apabila memakai lipstik merah. Antaranya :- + Sangat penting untuk mengenakan warna merah ini kemas pada keseluruhan bibir mungil Cikpuan semua. Gunakan berus bibir untuk merapi keliling bibir atau boleh juga terus daripada tiub. + Jika mahu menggunakan pensil bibir pastikan warna pensil bibir adalah sama merahnya dengan lipstik atau merah yang sedikit gelap. Jika tidak, akan kelihatan jelas dua tona berbeza yang akan membuatkan wajah kelihatan pelik dan bibir mengering. + Sapu sedikit concealer di sekeliling sempadan bibir untuk mengelakkan kekeringan dan pendarahan. + Akhir sekali, elakkan lipstik terkena pada gigi Cikpuan. Selepas menggenakan lipstik, cuba letakkan jari di dalam mulut Cikpuan dan menariknya keluar. Lebihan warnan gincu akan terlekat pada jari dan ini mampu mengelakkan ia terkena pada gigi Cikpuan yang putih berseri.

2. BERRY

3. PLUM

Warna kedua dan ketiga lipstik kita orang perempuan perlu ada ialah Berry dan Plum. Apabila kita mendengar lipstik berwarna ungu kita mungkin akan berasa seperti pelik dikenakan pada bibir. Bayangkan kita keluar dari zon selesa dan menjadi lebih terbuka kepada warna lipstik berbeza. Cuba bayangkan kita mengoleskan warna ini pada bibir. Pasti Cikpuan sekalian dapati diri kelihatan wow! Ini antara tip menarik apabila mengenakan lipstik rona Berry dan Plum • Pastikan bibir dalam kondisi sempurna dan guna pensil bibir sebelum memakai lipstik. Pedapkan bedak yang mampu memberi kesan tahan lama pada bibir untuk mengelakkan warna gelap lipstik kelihatan tenggelam. • Letakkan penyerlah di sekitar bibir untuk membuat bibir kelihatan menonjol. Jika kita tidak gemarkan lipstik matte, warna sebegini kelihatan hebat dengan gloss!

4. NUDE

Ini warna lipstik ke-4 yang mesti ada di dalam koleksi semua wanita anggun. Warna ini jika dikenakan pada bibir agak pucat. Sekiranya mengenakan warna nude pada bibir perlu menatarias kening dengan jelas dan kelopak mata gaya smokey! Apabila memilih lipstik nude, beberapa perkara perlu diambil kira # Jika mengenakan lipstik nude berona sedikit gelap, ia akan menyerupai lipstik berona coklat. # Manakala jika terlalu terang warnanya, ia membuat wajah terlalu pucat pula. Adalah lebih baik kita memilih warna di antara tona kulit kita, iaitu tidak terlalu gelap mahupun terang agar ia mampu menyerlahkan keayuan wajah kita. Cewah! Cikpuan akan kelihatan lebih natural apabila mengenakan lipstik nude dan menatarias dengan rona ini pada keseluruhan wajah. Ayu sekali, umpama perempuan Melayu terakhir! hihihi...

5. MERAH JAMBU

Akhir sekali ialah lipstik berwarna merah jambu atau pink. Perlu ada dalam koleksi Cikpuan. Ia warna yang menyeronokkan dan bergaya sepanjang tahun kerana itulah ia perlu dimiliki setiap wanita cantik bergaya! Kita selalu mendengar orang mengatakan ‘Pretty in Pink’. Hakikatnya, tidak sama sekali. Seorang wanita yang bijak bergaya memilih rona pink yang bersesuaian dengan tona kulit. Barulah ia menyerlahkan kecantikan semulajadi seorang wanita. Berikut adalah beberapa tip yang kita boleh lakukan bersama # Bibir yang cerah warnanya cenderung kelihatan kecacatan pada bibir. Untuk mengelakkan bibir kering mengelupas sapukan balsam bibir sebelum memakai lipstik. # Mereka yang mempunyai tona kulit panas perlu mengenakan gincu tona sejuk dan begitu juga sebaliknya. # Elakkan mengenakan beberapa warna gincu sekaligus, namun adalah lebih baik mengoleskan warna gincu yang dimahukan dengan berus sebelum dis pada bibir. # Memakai gincu menggunakan berus bibir merupakan cara terbaik agar mampu meratakan warna lipstik pada setiap sudut bibir dengan lebih sempurna dan rata. Untuk menjadikan penampilan Cikpuan sekalian dengan berlipstik pink sebagai statement pada wajah, menatarias bahagian mata dengan warna yang lebih natural dan ringkas. Beranikah Cikpuan mengenakan warna merah jambu ini? Pasti berani. Mari kita tambah koleksi lipstik pink sekejap lagi. Selepas ini, bolehlah anda, memilih gincu yang betul, dan bersesuain buat anda. Bagi lelaki pula, inilah masanya buat anda, mencuri hati teman istimewa anda, mana tahu, pemberian gincu dapat membuatkan gadis pilihan hati anda, jatuh hati kepada anda. Jom kita sama-sama kelihatan cantik dan bergaya.

Sumber: Siakap Keli

Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page